Thursday, June 19, 2014

The Adlers



Kabare toqq.. kenapa muka ketat saja ? take a break bersama kit kat dulu.. hehe. Okay, hari tu ingat nak update, tapi banyak halangan. Harini ada masa sedikit, so kita menaip banyak-banyak. 
Cerito eah arini den nak koba pasal game germany aritu.. germany vs portugues.. ohsem gilo den nak koba nih oi.. hahah portugal jadi lauk . 




GILA betul la 4-0 ! Germany memang menjadi favourite team aku sejak sekolah rendah, time tu era oliver kahn (tak salah aku la). So, aku memang bukan jenis lalang yang sokong siapa yang menang dalam setiap game. haha. Dulu boleh la tengok semua game, sekarang banyak komitmen yang lagi penting dari game ni iaitu kerjaya, that's why la aku tengok game germany ja. game lain tak tengok. Just tengok result ja. 

Ok sambung cerita pasal game german-portugal ni, possession bola memang berpihak kepada germany la, banyak hantaran cantik dari bahagian tengah ke forward. depa main short-passing, memang cantik la, tak tahu nak koba macam mana. Player portugal kelam kabut bahagian tengah, short-passing pun boleh hilang bola jangan cerita la bab long-passing. Kelaaut ! Bola tak sampai. Walaubagaimanapun , credit to Cristiano Ronaldo (CR) la sebab bekerja keras untuk melepasi benteng pertahanan the Adlers yang kuat. Dalam game ni, memang obviously portugal memang depending on CR. Boleh nampak riak wajah CR yang penat, kecewa dan sedih. Tapi nak buat macam mana, football it's not about a person but a team. So, they really need to build up their teamwork and sportsmanship. 

Player germany memang mempunyai teamwork yang bagus, walaupun tak turunkan forward star (Klose), tetapi tetap menjadi juga sebab teamwork hebat. Mueller menjadi Man of the Match sebab gol hatrik. 


Mueller & Sami Khedira


Seorang lagi forward terbaik Germany bersama Podolski dan Schurrle bekerjasama dalam bahagian serangan. Memang awesome gila la ! Midfielder pulak hidup gila la kan pagi tu, dengan adanya  Gotze, Ozil, Lahm, Schweinsteiger, Toni Kroos & Sami Khedira. Sami Khedira pagi tu mcm jadi Defensive Midfielder, sebab dia selalu patahkan hantaran-hantaran ke forward portugal. Tapi kasar sikit si Sami Khedira ni.. haha Aku tak ingat pula Sami Khedira kena jaga siapa mase tu. Nasib tak ada layangan kad untuk player germany.. phew !


Header Hummels

Tak lupa pada defenders German yang havoc ! Mertesacker, Boateng, Hummels & Howedes. depa ni macam pacak bas depan pintu gol. terbaik betul. Hummels mmg terbaik la heading mase gol kedua tu. Mase tu corner Kroos ambil bola, memang tepat la bola betul-betul sampai ke kepala Hummels. Time ni memang aku menjerit gilo la.. lantak la orang sebelah tidur ke apa ke.. hahah


Laga-laga dahi


Kad Merah untuk Pepe
Haaaa..
Kes Pepe vs Mueller tu memang tak patut jadi. Pepe, Kenapa Pepe Jahat ? hahah depa siap buat lagu lagi. Kalau iya pun si Mueller berlakon tu tak perlu la nak hantuk kepala dekat si Mueller. Kan dah sodap makan kad merah terus. Takda kuning-kuning dah. 


Memang awesome gila la game pagi tu, tak sangka pula Germany menang, sebab portugal menjadi team pilihan oleh UNTA tu kan.. hahah whatever! wisel FT bunyi bersama tangisan CR . 

relaks la.. "hero hindustan kalah dulu, menang kemudian" whatevaaaa~~

Team Germany 2014



Highlight & Goals




1 comment: