Saturday, January 25, 2014

Repost aje

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. hehe hari ini aku akan repost sesuatu benda, berkaitan relationship dengan manusia nih. Saje-saje kan. hehe Sebab Ayatnya macam beeessst je.

Jangan rimas bila seseorang call dan mesej bila kamu keluar dan lewat balik.
Jangan marah bila seseorang sentiasa mahu tahu apa aktiviti kamu ketika dia tiada di sisi kamu.
Tambahan pula kamu berdua duduk berjauhan.
Jangan marah bila seseorang asyik bertanya soalan walaupun kadang-kadang itu cuma soalan bodoh yang tiada erti apa-apa untuk kamu.
Jangan risau, jangan marah, jangan rimas.
Tetapi Risaulah bila seseorang itu tidak lagi banyak bertanya, tidak  ambil berat dan lebih suka kamu keluar biarpun berjam-jam lamanya.
Fikir-fikirkan lah ya, fikir masak-masak kerana tidak semua yang sanggup cari kamu semata-mata nak tanya 'Awak tengah buat ape ?' 'Awak dah makan?' 'Awak sayang saye?'

Semua pertanyaan seseorang itu mungkin sama pada setiap hari sebab dia pun dah tak tahu nak tanya ape pada kamu sebab tak mahu berenggang dengan kamu. Itu tanda dia ambil berat pasal kamu.
Bayangkan lepas dia tiada dari hidup kamu.
Tiada soalan yang diberi.. yiada deringan telefon..tiada mesej-mesej yang mencuit hati tiada gurauan.
Masa itu, kamu baru tahu yang kamu perlukan dia. Dia je yang faham kamu.
Dia je yang cinta kamu setulus hatinya selama ini. 
Dia sanggup habiskan kredit walaupun voicemail yang masuk. Sanggup habiskan masa demi kamu.
Dia bersungguh-sungguh sebab dia nak hidup bersama kamu, bukannya dia nak permainkan perasaan kamu.
Jadi, hargailah dia sebelum kamu terlambat, Ingat, tiada manusia yang sempurna dan tiada insan yang tak layak untuk mendapat kasih sayang. 


Itu sahaja lah repost kali ni.. hehe  

No comments:

Post a Comment