Wednesday, January 1, 2014

2014

Assalamualaikum 2014 ! Nak rasa seronok ke nak rasa biasa je ? hehe. Buat relax jelah. Takda nak      happy mane bagai. Bukan main HAVOC lagi sambutan ambang tahun baru tu kan. Katanya berhabis sampai  15juta MYR ? Amboi banyak betul ! Ape bende je sampai 15juta duit kita habis tu ? Konsert?? Bunga Api?   Benda-benda lagha a.k.a sia-sia jugak yang diutamakan. Disebabkan konsert-konsert macam ini , kebanyakan remaja lelaki perempuan akan terlibat dalam perkara yang mazmumah. Macam mane lah nak bendung masalah remaja-remaja sekarang yang makin berleluasa sampai macam tak terkawal ni kalau pemimpinnya bagi "jalan" kat diorang tu?? Adoiyai. Dah la membazir lepas tu menjadi pencetus gejala sosial pulak. Ape jenis pemimpin ni ? Fail betul la.

Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari).'

Salah satu perkara yang dinyatakan dalam hadis ini ialah larangan Rasulullah agar umat Baginda menjauhi pembaziran. Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara Syaitan. 

Firman Allah yang bermaksud: 

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).

Gambaran yang diberikan Allah terhadap orang yang melakukan pembaziran dalam ayat berkenaan amat keras kerana syaitan itu adalah makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah.


Kenapa tak buat ceramah ilmu macam kat pulau pinang tu ? Bersama alim ulama kongsi ilmu agama sebab kita bukan perfect sangat dalam bab-bab agama. Banyak yang kita tak tahu. Dari pergi konsert-konsert terkinja-kinja, dedah aurat situ sana sini, peluk sana sini bersama bukan muhrim, dan macam-macam lagi la lebih baik pergi mencari dan menambah ilmu didada untuk teguhkan iman ke jalan yang diredhai Allah. Tak sampailah bajet untuk buat ceramah agama ni berbelas juta. 

Cuba tengok paper hari ini (1/1/2014), ape dah jadi ?? Malam ambang tahun baru jadi tarikh special bagi mereka buat maksiat, minum arak dan zina ! Lagi menyedihkan mereka yang terlibat itu orang Islam kita! Apa yang pemimpin kita buat ?? Kita tak mahu hanya Ops-Ops sahaja yang dilakukan untuk menangkap mereka, tapi kita mahu didikan agama ditanam dalam hati mereka dan bertaubat. 

Ibnu Mas’ud ra berkata : “Wajib atasmu untuk berilmu sebelum ilmu itu diangkat, sedangkan diangkatnya ilmu adalah matinya perawi-perawinya. Demi Dzat yang jiwaku di tanganNya sungguh orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu sebagai syuhada’ itu senang dibangkitkan oleh Allah sebagai ulama karena kemuliaan ulama yang mereka lihat. Sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan sebagai orang yang berilmu, namun ilmu itu dengan belajar”.

Demikian itu dihikayatkan juga dalam wasiyat-wasiyat Luqman kepada anaknya,
 ia berkata :
“Hai anakku, duduklah pada ulama dan merapatlah kepada mereka dengan kedua lututmu karena sesunguhnya Allah Yang Maha Suci menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Dia menghidupkan tanah dengan hujan dari langit”.



Memang mereka yang terlibat itu aku tidak mengenal siapa mereka. Tetapi aku berasa ianya ialah tanggungjawab kita semua untuk menyedarkan masyarakat tentang perkara ini. Aku tak mahu apabila dipersoal oleh malaikat diakhirat nanti, apa yang aku buat untuk mereka kembali ke jalan Allah dan aku tiada jawapannya. Bukan aku sahaja yang akan dipersoal begini kelak tapi kamu semua yang membaca ! Bangkitlah Umat Islam ! Bersamalah Kita Membendung Masalah Ini Dari Akar Umbi ! Tanamkan sifat mahmudah jauhkan sifat mazmumah dan tarik mereka kembali ke jalan Allah. Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah dan Al-Quran dan hadith.

Allahuakbar !


p/s: Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Iman tak dapat dijual beli, Walau apa jua kita lakukan tapi takkan dapat juga Iman JIKA KITA TIDAK KEMBALI KE JALAN ALLAH.

No comments:

Post a Comment