Thursday, June 19, 2014

The Adlers



Kabare toqq.. kenapa muka ketat saja ? take a break bersama kit kat dulu.. hehe. Okay, hari tu ingat nak update, tapi banyak halangan. Harini ada masa sedikit, so kita menaip banyak-banyak. 
Cerito eah arini den nak koba pasal game germany aritu.. germany vs portugues.. ohsem gilo den nak koba nih oi.. hahah portugal jadi lauk . 




GILA betul la 4-0 ! Germany memang menjadi favourite team aku sejak sekolah rendah, time tu era oliver kahn (tak salah aku la). So, aku memang bukan jenis lalang yang sokong siapa yang menang dalam setiap game. haha. Dulu boleh la tengok semua game, sekarang banyak komitmen yang lagi penting dari game ni iaitu kerjaya, that's why la aku tengok game germany ja. game lain tak tengok. Just tengok result ja. 

Ok sambung cerita pasal game german-portugal ni, possession bola memang berpihak kepada germany la, banyak hantaran cantik dari bahagian tengah ke forward. depa main short-passing, memang cantik la, tak tahu nak koba macam mana. Player portugal kelam kabut bahagian tengah, short-passing pun boleh hilang bola jangan cerita la bab long-passing. Kelaaut ! Bola tak sampai. Walaubagaimanapun , credit to Cristiano Ronaldo (CR) la sebab bekerja keras untuk melepasi benteng pertahanan the Adlers yang kuat. Dalam game ni, memang obviously portugal memang depending on CR. Boleh nampak riak wajah CR yang penat, kecewa dan sedih. Tapi nak buat macam mana, football it's not about a person but a team. So, they really need to build up their teamwork and sportsmanship. 

Player germany memang mempunyai teamwork yang bagus, walaupun tak turunkan forward star (Klose), tetapi tetap menjadi juga sebab teamwork hebat. Mueller menjadi Man of the Match sebab gol hatrik. 


Mueller & Sami Khedira


Seorang lagi forward terbaik Germany bersama Podolski dan Schurrle bekerjasama dalam bahagian serangan. Memang awesome gila la ! Midfielder pulak hidup gila la kan pagi tu, dengan adanya  Gotze, Ozil, Lahm, Schweinsteiger, Toni Kroos & Sami Khedira. Sami Khedira pagi tu mcm jadi Defensive Midfielder, sebab dia selalu patahkan hantaran-hantaran ke forward portugal. Tapi kasar sikit si Sami Khedira ni.. haha Aku tak ingat pula Sami Khedira kena jaga siapa mase tu. Nasib tak ada layangan kad untuk player germany.. phew !


Header Hummels

Tak lupa pada defenders German yang havoc ! Mertesacker, Boateng, Hummels & Howedes. depa ni macam pacak bas depan pintu gol. terbaik betul. Hummels mmg terbaik la heading mase gol kedua tu. Mase tu corner Kroos ambil bola, memang tepat la bola betul-betul sampai ke kepala Hummels. Time ni memang aku menjerit gilo la.. lantak la orang sebelah tidur ke apa ke.. hahah


Laga-laga dahi


Kad Merah untuk Pepe
Haaaa..
Kes Pepe vs Mueller tu memang tak patut jadi. Pepe, Kenapa Pepe Jahat ? hahah depa siap buat lagu lagi. Kalau iya pun si Mueller berlakon tu tak perlu la nak hantuk kepala dekat si Mueller. Kan dah sodap makan kad merah terus. Takda kuning-kuning dah. 


Memang awesome gila la game pagi tu, tak sangka pula Germany menang, sebab portugal menjadi team pilihan oleh UNTA tu kan.. hahah whatever! wisel FT bunyi bersama tangisan CR . 

relaks la.. "hero hindustan kalah dulu, menang kemudian" whatevaaaa~~

Team Germany 2014



Highlight & Goals




Sunday, June 15, 2014

The Eagles !!

Assalamualaikum ! kabare wak.. haha world cup dah start ni! Semalam(14/6/2014)  memang havoc la game spain vs netherland. peh 5-1 kena bantai der.. tapi bak kata depa semua, "spain macam hero hindustan, hero kalah dulu menang kemudian" Haha.. relax beb.. tapi Iker Casillas macam dah tua.. macam dah tak larat yo den tengok nye haa.. tapi tak ngapa lah kan, baru saringan..

Tapi perkara utama yang aku nak bebel dalam ni bukan pasal #5pain.. tapi pasal team world cup den la, Germany ! team biasa-biasa saja tak macam spain, banyak stars player kan ? tapi keep calm and keep in faith with Deutcher team. I believe Joachim Low and his team can make it through ! Die Adler werden verfolgt dich! 

1st Game --> Germany vs Portugal (17th June 2014)

Manager 
Joachim Low


Players:

8. Mesut Ozil (mid) 
11. Miroslav Klose (forward)


7. Bastian Schweinsteiger (mid)
1. Manuel Neuer (golkeeper)


10. Lukas Podolski (mid)
16. Phillip Lahm (defender)
19. Mario Gotze (mid)



13. Thomas Muller (mid)
6. Sami Khedira (mid)
5. Matts Hummels (defender)



18. Toni Kroos (mid)
14. Julian Draxler (mid)


9. Andre Schurrle (mid)
17. Per Mertesacker (defender)
20. Jerome Boateng (defender)



2. Kevin Gro├čkreutz (defender)
21. Shkodran Mustafi (defender)



15. Erik Drum (defender)
4. Benedikt Howedes (defender)

12. Ron-Robert Zieler (goalkeeper)
22. Roman Weidenfeller (goalkeeper)


3. Matthias Ginter (defender)
23. Christoph Kramer (mid)








Tuesday, January 28, 2014

Geram nih !

Haa.. ape cerita geram-geram ? kuikui. Aku geram sebab tak dapat tengok JDT 1 vs Lion XII malam ini. Apa sebab tak boleh tengok ? Sebab rumah tak ada Astro der ! haha. Sabar aje lah ni. Dapat tengok result aje lah jawabnya. Walau apa pun, harap JDT menang mlm ni. GO HARIMAU SELATAN !







 Terkini, sudah tamat separuh masa dengan JDT leading 2-0. Gol Pertama dari Lucio dan gol kedua Aimar.
 Go JDT GO ! Bring back 3 points please.

Saturday, January 25, 2014

Repost aje

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. hehe hari ini aku akan repost sesuatu benda, berkaitan relationship dengan manusia nih. Saje-saje kan. hehe Sebab Ayatnya macam beeessst je.

Jangan rimas bila seseorang call dan mesej bila kamu keluar dan lewat balik.
Jangan marah bila seseorang sentiasa mahu tahu apa aktiviti kamu ketika dia tiada di sisi kamu.
Tambahan pula kamu berdua duduk berjauhan.
Jangan marah bila seseorang asyik bertanya soalan walaupun kadang-kadang itu cuma soalan bodoh yang tiada erti apa-apa untuk kamu.
Jangan risau, jangan marah, jangan rimas.
Tetapi Risaulah bila seseorang itu tidak lagi banyak bertanya, tidak  ambil berat dan lebih suka kamu keluar biarpun berjam-jam lamanya.
Fikir-fikirkan lah ya, fikir masak-masak kerana tidak semua yang sanggup cari kamu semata-mata nak tanya 'Awak tengah buat ape ?' 'Awak dah makan?' 'Awak sayang saye?'

Semua pertanyaan seseorang itu mungkin sama pada setiap hari sebab dia pun dah tak tahu nak tanya ape pada kamu sebab tak mahu berenggang dengan kamu. Itu tanda dia ambil berat pasal kamu.
Bayangkan lepas dia tiada dari hidup kamu.
Tiada soalan yang diberi.. yiada deringan telefon..tiada mesej-mesej yang mencuit hati tiada gurauan.
Masa itu, kamu baru tahu yang kamu perlukan dia. Dia je yang faham kamu.
Dia je yang cinta kamu setulus hatinya selama ini. 
Dia sanggup habiskan kredit walaupun voicemail yang masuk. Sanggup habiskan masa demi kamu.
Dia bersungguh-sungguh sebab dia nak hidup bersama kamu, bukannya dia nak permainkan perasaan kamu.
Jadi, hargailah dia sebelum kamu terlambat, Ingat, tiada manusia yang sempurna dan tiada insan yang tak layak untuk mendapat kasih sayang. 


Itu sahaja lah repost kali ni.. hehe  

Saturday, January 4, 2014

Berubah Untuk Kebaikan

Assalamualaikum. Hari ketiga pun sudah berlalu. Pagi-pagi ni baru nak update. Hehe. Saje je sebenarnya. Tadi shopping barang keperluan. Beli kat tempat-tempat murah dah sekarang ni. Berjimat cermat la ape lagi, tak bole nak beli barang kat pasaraya warna oren tu, barang mahal kat situ. Aku beli kat tempat yang ade member card dan ada potongan harga. Barang sikit je pun, tapi harge ? MasyaAllah. Syukurlah Malaysia Masih Aman. KuiKui

Sekarang sudah tiba masanya berubah untuk kebaikan sendiri. Semua orang ada cita-cita kan ? Aku pun ade. Hehe. Aku bercita-cita untuk bekerja dalam sektor kesihatan di luar negara, specifically Dubai UAE. Seriously, lagi dulu memang bercita-cita nak kerja di Tanah Arab (Arab Saudi). Sebab ape ? Sebab dulu patutnya ibu kerja kat sane, tapi dia fikir balik, anak-anak kecil lagi. Dulu susah, ayah boleh dikatakan merantau la jugak sebagai polis ni kan. Pindah sana sini. Kadang-kadang ibu kene tinggal, ayah masuk hutan (saki baki zaman komunis). So, ibu tak boleh pergi masa itu kan? Anak dia ni la yang pergi ! Haha. Walaupun sektor yang sama, tapi aku pharmacy department, ibu pulak nursing department. Tau-tau je la, kat  Tanah Arab itu memang memerlukan nurse pun dari dulu sampai sekarang. High demand gitu.

Farmasi tak ade pulak dengarnya kan. Tak apa lah kan, kalau ade rezeki aku nanti, mana tau kan ? InsyaAllah. Kumpul duit, lepas tu ape ? Kahwin la ape lagi. hahah. Searching forr devicesss ! kehkeh



Wednesday, January 1, 2014

2014

Assalamualaikum 2014 ! Nak rasa seronok ke nak rasa biasa je ? hehe. Buat relax jelah. Takda nak      happy mane bagai. Bukan main HAVOC lagi sambutan ambang tahun baru tu kan. Katanya berhabis sampai  15juta MYR ? Amboi banyak betul ! Ape bende je sampai 15juta duit kita habis tu ? Konsert?? Bunga Api?   Benda-benda lagha a.k.a sia-sia jugak yang diutamakan. Disebabkan konsert-konsert macam ini , kebanyakan remaja lelaki perempuan akan terlibat dalam perkara yang mazmumah. Macam mane lah nak bendung masalah remaja-remaja sekarang yang makin berleluasa sampai macam tak terkawal ni kalau pemimpinnya bagi "jalan" kat diorang tu?? Adoiyai. Dah la membazir lepas tu menjadi pencetus gejala sosial pulak. Ape jenis pemimpin ni ? Fail betul la.

Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari).'

Salah satu perkara yang dinyatakan dalam hadis ini ialah larangan Rasulullah agar umat Baginda menjauhi pembaziran. Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara Syaitan. 

Firman Allah yang bermaksud: 

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).

Gambaran yang diberikan Allah terhadap orang yang melakukan pembaziran dalam ayat berkenaan amat keras kerana syaitan itu adalah makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah.


Kenapa tak buat ceramah ilmu macam kat pulau pinang tu ? Bersama alim ulama kongsi ilmu agama sebab kita bukan perfect sangat dalam bab-bab agama. Banyak yang kita tak tahu. Dari pergi konsert-konsert terkinja-kinja, dedah aurat situ sana sini, peluk sana sini bersama bukan muhrim, dan macam-macam lagi la lebih baik pergi mencari dan menambah ilmu didada untuk teguhkan iman ke jalan yang diredhai Allah. Tak sampailah bajet untuk buat ceramah agama ni berbelas juta. 

Cuba tengok paper hari ini (1/1/2014), ape dah jadi ?? Malam ambang tahun baru jadi tarikh special bagi mereka buat maksiat, minum arak dan zina ! Lagi menyedihkan mereka yang terlibat itu orang Islam kita! Apa yang pemimpin kita buat ?? Kita tak mahu hanya Ops-Ops sahaja yang dilakukan untuk menangkap mereka, tapi kita mahu didikan agama ditanam dalam hati mereka dan bertaubat. 

Ibnu Mas’ud ra berkata : “Wajib atasmu untuk berilmu sebelum ilmu itu diangkat, sedangkan diangkatnya ilmu adalah matinya perawi-perawinya. Demi Dzat yang jiwaku di tanganNya sungguh orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu sebagai syuhada’ itu senang dibangkitkan oleh Allah sebagai ulama karena kemuliaan ulama yang mereka lihat. Sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan sebagai orang yang berilmu, namun ilmu itu dengan belajar”.

Demikian itu dihikayatkan juga dalam wasiyat-wasiyat Luqman kepada anaknya,
 ia berkata :
“Hai anakku, duduklah pada ulama dan merapatlah kepada mereka dengan kedua lututmu karena sesunguhnya Allah Yang Maha Suci menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Dia menghidupkan tanah dengan hujan dari langit”.



Memang mereka yang terlibat itu aku tidak mengenal siapa mereka. Tetapi aku berasa ianya ialah tanggungjawab kita semua untuk menyedarkan masyarakat tentang perkara ini. Aku tak mahu apabila dipersoal oleh malaikat diakhirat nanti, apa yang aku buat untuk mereka kembali ke jalan Allah dan aku tiada jawapannya. Bukan aku sahaja yang akan dipersoal begini kelak tapi kamu semua yang membaca ! Bangkitlah Umat Islam ! Bersamalah Kita Membendung Masalah Ini Dari Akar Umbi ! Tanamkan sifat mahmudah jauhkan sifat mazmumah dan tarik mereka kembali ke jalan Allah. Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah dan Al-Quran dan hadith.

Allahuakbar !


p/s: Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Iman tak dapat dijual beli, Walau apa jua kita lakukan tapi takkan dapat juga Iman JIKA KITA TIDAK KEMBALI KE JALAN ALLAH.