Tuesday, December 31, 2013

Cooobaan... Duuugaan..

Setiap insan akan merasai pelbagai cobaan dan dugaan Ilahi. Tak terkecuali aku lah kan. Kene banyak bersabar dan muhasabah diri sendiri. Aku memulakan tahun 2014 dengan bismillah dengan harapan dan istiqamah ingin berubah kepada lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya dalam pelbagai segi lah kan. InsyaAllah . Walaupun aku tau diri ini banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan ini akan menjadi kekuatan untuk asas hidup aku. Bukan aku seorang saja yang merasai dugaan yang berat ini, orang lain jugak, iaitu akak aku. Moga kita sama-sama tabah menghadapi dugaan hidup ini ye my sista.

Ujian-ujian dan pelbagai cobaaan yang kita hadapi ini, Allah beri mesti ada sebab. Aku yakin cobaan dan segala ujian yang Allah beri ini akan menjadi tonggak kekuatan untuk menggalas dan mengharunginya. InsyaAllah. 

.ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون


Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap. 

Berdasarkan kepada penerangan tersebut, aku bergantung harap agar hati ini tidak mudah bolak balik terhadap agamaMu Ya Allah dan senantiasa bersabar dengan cobaanMu. Dan aku tahu mungkin disebalik dugaan-dugaan yang diberi ini mempunyai manisnya.


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها



Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

p/s : Sabar itu separuh dari iman