Tuesday, December 31, 2013

Cooobaan... Duuugaan..

Setiap insan akan merasai pelbagai cobaan dan dugaan Ilahi. Tak terkecuali aku lah kan. Kene banyak bersabar dan muhasabah diri sendiri. Aku memulakan tahun 2014 dengan bismillah dengan harapan dan istiqamah ingin berubah kepada lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya dalam pelbagai segi lah kan. InsyaAllah . Walaupun aku tau diri ini banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan ini akan menjadi kekuatan untuk asas hidup aku. Bukan aku seorang saja yang merasai dugaan yang berat ini, orang lain jugak, iaitu akak aku. Moga kita sama-sama tabah menghadapi dugaan hidup ini ye my sista.

Ujian-ujian dan pelbagai cobaaan yang kita hadapi ini, Allah beri mesti ada sebab. Aku yakin cobaan dan segala ujian yang Allah beri ini akan menjadi tonggak kekuatan untuk menggalas dan mengharunginya. InsyaAllah. 

.ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون


Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap. 

Berdasarkan kepada penerangan tersebut, aku bergantung harap agar hati ini tidak mudah bolak balik terhadap agamaMu Ya Allah dan senantiasa bersabar dengan cobaanMu. Dan aku tahu mungkin disebalik dugaan-dugaan yang diberi ini mempunyai manisnya.


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها



Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

p/s : Sabar itu separuh dari iman




Tuesday, November 5, 2013

welcome back !!

Assalamualaikum !

Sudah bersawang ini blog.. sudah lama tidak menulis. Apo kono eah jang ?
rase2 mahu nak dekat setahun tak mengupdate blog ini.. terlupa
Password punye pasal la.. email pon tak ingat.. entah ape aku balun mase soalan recovery
td.. kuikui

Aku yang dulu bukan aku sekarang..
Makin lame makin tua.. mane la nak same kan.. haha umur dah meningkat cara penulisan pun kene juga matang ..

Haha aku sendiri tergelak and delete post2 tak matang dari blog aku sendiri.. rase geli pulak bace Post pada zaman kanak2 tu.. mcm nyampah je, mcm nyampah je..
Tak mengapelah kan..janji dah sedor diri kate org kan.. kehkeh
Ada banyak kelemahan dalam blog ni.. ish2 header tu dah boleh tukar rasenye..
Lame btol gune header tu.. ade mase baru buat..

Dahulu kala pertama kali membuat blog ini aku masih bersekolah.. haha sekarang sudah masuk alam pekerjaan.. alhamdulillah. Masa belajar memang banyak ragam. Semua bende nak explore.. time dah kerja takde maknenye nak menjenguk. Itu la best nye alam belajar kat skola ni.

Ok, sudah2 la dengan flashback kan.. bosan je bace.. haha now it's the time to moving forward and live our life happily.. salam ukhuwah blogger2 sekalian dan salam maal hijrah !